1. 177) What am I thinking

    Rasa nak buang blog ni je. Takde rasa nak berblogging dah. Entah kenapa.
    Aku tau kenapa : Aku busy dengan studies sekarang (tu tak menyebabkan aku nak hilangkan blog ni) & sebab tu (entah apa aku merepek)
    hmm.
    Continue reading »
  2. 176) Anatomy

    Alhamdulillah baru je habis final exam for the first block, General Anatomy.
    Takde masa nak update sgt, haha. busy gila konon :)
    anyway thanks sgt2 korg
    Continue reading »
  3. 174) Saya Bakal Pelajar Tahun Satu

    Assalamualaikum wbt.
    Alhamdulillah, akhirnya aku dah buat keputusan untuk sambung ke CUCMS.
    Kenapa bukan IMU, AUCMS or Mesir, adalah sebab yang tersendiri.
    Paling penting, aku cari tempat yang aku selesa dan aku taknak bebankan parents aku lebih-lebih pasal hal ni.Takpela, walaupun bukan dentistry or even engineering, ada hikmah di sebalik semua ni.
    Syukur masih ada tempat nak belajar :)

    So esok or harini sebenarnya (selasa), aku akan mendaftar di Cyberjaya.
    Semoga semuanya lancar dan dipermudahkan segala urusan.
    Amin.
    Continue reading »
  4. 173) Interview CUCMS


    Assalamualaikum wbt.
    Isnin haritu aku pergi Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).
    Interview dia okay la. Aku takde lah rasa teruk seteruk masa IMU tu. Maybe sebab dah ada experience.
    Masa aku try nak search pasal interview CUCMS memang susah nak jumpa and mostly yang cakap just be prepared,be confidence blablabla. (bukan ini yang aku cari)
    Yeah, buat apa aku search kalau nak tau pasal tu je kan? Lebih baik google "interview tips". Mestilah ada sebab aku type "CUCMS interview". Setiap universiti ada la style dorg nak interview students. Haha, so preparation aku lebih kurang macam haritu sahaja. 


    The interview :
    Basically, macam biasa. Kena la prepare pasal diri sendiri masa dekat asasi dan sekolah.
    Soalan pertama selalunya "Tell us about yourself". This may sound simple right? Tapi seriously if korg unprepared, memang boleh jadi masalah besar.
    Aku memang nervous, dan masuk-masuk je interviewer cakap dekat aku, "We're not going to kill you, we just want to get to know you better" dan "Pucatnya muka". So kata-kata ni akan membuatkan kita tenang sikit, kot.






    Contoh soalan lain yang ditanyakan pada aku :
    • Pasal family, adik-beradik.
    • Keaktifan dalam koko. Jawatan, aktiviti yang kita join or yang kita anjurkan, sukan etc. Rasanya korg cerita je semua jawatan yang korg pegang tak kisahlah kecik mana pun sebab at least better kan daripada ahli biasa?
    • Kriteria yang ada dalam diri untuk menjadi seorang doctor.
    • Ada jugak tanya macam "What would you be in the next 20 years?" Cakaplah pasal pape, career ke.
    • Aku diminta baca philosophy CUCMS and explain apa yang aku faham.
    Aku tengok CUCMS ni not bad la environment dia. Aku selesa betul, especially for Muslim dan aku bagitau dorg perasaan aku. Ada jugak soalan lain yang aku rasa tak perlulah nak post. Cerita pakai mulut boleh laa.


    One more thing, janganlah sebut "I think, I can ....". Sebabnya akan dipersoalkan think tu. So kena cakap "I can ..."

    Anddd, janganlah sentuh pasal isu sensitif ye. Aku in both interviews aku mention. So macam 
    inappropriate la. Mungkin dorg bagi respon okay je tapi rasanya tak patut mention pun sebab tetap tak sesuai.


    Also, prepare a question(s) that you want to ask them.

    Macam-macam lagi soalan and mostly pasal diri sendiri. Totally different dengan interview JPA dulu yang memang tanya pasal knowledge kita dalam medical field ni.
    Jangan jadi macam aku dulu, memang tak prepare pasal bidang tu, sibuk fikir pasal soalan 1 Malaysia bagai.
    Interviewer (seorang doctor) tanya pasal cabang-cabang yang aku tahu.
    Aku jawab "gynaecology", then ditanya lagi "so, what do you know about gynaecology?". Aku jawab "I don't know, I just know the term". WHATTT??!! Gila kot.(interviewer sorang lagi geleng kepala dah, yang doctor cool je)
    Lepas tu mula la perdebatan. Lupakan. Kisah lama.




    Tu time dah taktau nak jadi apa, ikut je cita-cita kanak-kanak. Sekarang sepatutnya mestilah dah tau and determine dengan apa yang kita nak.


    Thanks for reading.
    Continue reading »
  5. 172) Penyakit

    Assalamulaikum wbt.
    Sebenarnya taktau kenapa rasa macam kena satu penyakit yang teruk which is penyakit malas.
    Bila dah malas ni paham-paham jela. Macam-macam tak jalan.
    Plan punyalah bagus, tapi akhirnya tak boleh nak ikut sebab berat je tulang ni.
    Mungkin ada kaitan dengan terlalu lama sangat dekat rumah kot, lama tak berfikir (calculation,solving problems maybe). Err..tapi cuti ni banyak jugak berfikir. Tapi hal masa depanlah :)
    Mungkin adalah masalah lain yang ada kaitan dengan benda yang berkaitanlah.
    Okay, taknak bebel panjang. Ayat pun macam tah pape je kan.
    Kena rehat cukup.
    Next entri insyaAllah pasal interview dekat CUCMS.


    p/s : Kenapa gambar ni? Sebab lepas ni nak makan dia :)
    Continue reading »
  6. 171) JPA RU



    Assalamualaikum wbt.
    Baiklah, harini nak cerita sikit pasal scholarship.
    Kalau dengar JPA mesti tau la kan? JPA RU? Ada yang betul-betul tau, ada yang tau nama je & ada yang even tak pernah dengar.
    So, kenapa this topic? Well sebenarnya saja je. Dulu masa aku betul-betul perlukan info pasal ni, aku puas cari dekat internet tapi memang macam tak menjawab soalan lansung.
    Jadi rasanya tak salah kongsi info yang aku dapat masa call JPA & pergi sendiri kat pejabat dia haritu.
    Mana tau ada sesiapa yang memerlukan nanti.

    Program universiti penyelidikan or research universities ni kiranya special sikitlah daripada PIDN biasa.
    Dulu aku ingat kalau budak RU ni kena masuk jela RU tak kisah course apa pun akan diteruskan .
    Tapi lain pulak rupanya masa aku sendiri pergi JPA, pegawai tu sendiri cakap yang program RU hanya untuk critical courses (please note : medicine, dentistry, pharmacy)


    And memang betul, akan dapat extra allowance berbanding budak PIDN lain. Sehingga 50% extra. (source) Why? Those yang apply JPA (after SPM) memang kebanyakan excellent students dan ada yang telah memilih untuk menyambung pelajaran dalam Malaysia instead of luar negara.(I guess this is the reason kot, and masa JPA datang PASUM dulu pun, tak silap aku dia cakap macam tu la. So that is why allowance dia extra. )


    Lagipun tak ramai yang dapat pun. Tempat ditawarkan pun hanya 100 sahaja, time akula. Sekarang taktau. (cuba tengok berapa ramai melayu yang dapat? kena lebih bersaing!)

    Paling penting perlu tau adalah tempat korg tak direserve pun dekat RU tu. Jadi kena pandai-pandailah. Sebab? JPA kata dia tak boleh campur tangan dalam urusan penempatan dekat IPTA. Tak silap aku.
    Ini yang bagi aku macam tak best la. Sebab bila korg apply luar negara and buat persediaan, korg kena lepas tahap tertentu, InsyaAllah dapat tempat and fly.
    Bila macam ni, kiranya kita kena compete balik dengan semua org (i mean sistem UPU) and seperti semua sedia maklum, competition memang hebatlah untuk critical courses. Even 4 flat pun dah melambak-lambak. Anddd not to forget, critical course pun ada dekat few universities yang bukan berstatus RU. Jadi bagi aku memang susah and rezeki masing-masing.
    For those yang berjaya kekalkan, tahniah. Aku tau siapa antaranya :)
    Jadi aku nak minta maaf if ada info yang salah ke apa. Ini ditulis betul-betul berdasarkan info yang dapat. Maklumat lanjut, call sendiri JPA :)

    About me :

    • Dulu aku dengan wawa risau sangat kenapa dalam beratus name list JPA nama kitorg antara yang kena bold.
    • Pelik masa dapat surat tawaran JPA kenapa kitorg punya takde sampul, tak special macam orang lain.
    • Alhamdulillah rupanya kami dapat RU, jadi kami assume mungkin sebab tu kot macam lain sikit. (taktau  betul ke tak pun)
    • Ada budak tanya  "awak dapat berapa A+?" bila tau aku dapat RU. Aku terasa  dengan cara dia tanya. Macam tu sekali tanya kan. Kalau A+ dia lebih, kenapa dia yang tak dapat RU. Conclusion : Yang apply PILN tapi tak dapat and end up dapat PIDN kiranya macam tak apply untuk RU la. 
    • Sebenarnya aku tak tau pun apa lebihnya RU ni sampai la habis PASUM. Sepanjang tu, hanya tertanya-tanya. Conclusion : maybe kelebihannya hanya extra allowance kot. Hanya JPA yang tahu.

     Korg tau kan aku dapat apa? Aku dah cerita kan? Aku agak sentap sebenarnya bila pegawai yang aku jumpa tu cakap "Biasiswa RU ni kiranya ditarik balik lah, awak akan dapat yang biasa"
    Yelah, mestilah kecewa, tapi sekurang-kurangnya boleh disambung kan?  :)

    Tapi kalau tak gi UMS kiranya habis macam tu jela. HAHA
    Continue reading »
Granma stories Coolio Avatar Logo Life is hard sometimes, but there is always a reason for why it is. Be more splendid, more extraordinary. Whatever your goal, you can get there if you're willing to work. Don't worry, because you can have it all. You just can't have it all at once.

Blogger Buster LogoSmashing Logo© Granma stories.
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates