Assalamualaikum wbt.
Isnin haritu aku pergi Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).
Interview dia okay la. Aku takde lah rasa teruk seteruk masa IMU tu. Maybe sebab dah ada experience.
Masa aku try nak search pasal interview CUCMS memang susah nak jumpa and mostly yang cakap just be prepared,be confidence blablabla. (bukan ini yang aku cari)
Yeah, buat apa aku search kalau nak tau pasal tu je kan? Lebih baik google "interview tips". Mestilah ada sebab aku type "CUCMS interview". Setiap universiti ada la style dorg nak interview students. Haha, so preparation aku lebih kurang macam haritu sahaja.
The interview :
Basically, macam biasa. Kena la prepare pasal diri sendiri masa dekat asasi dan sekolah.
Soalan pertama selalunya "Tell us about yourself". This may sound simple right? Tapi seriously if korg unprepared, memang boleh jadi masalah besar.
Aku memang nervous, dan masuk-masuk je interviewer cakap dekat aku, "We're not going to kill you, we just want to get to know you better" dan "Pucatnya muka". So kata-kata ni akan membuatkan kita tenang sikit, kot.
Contoh soalan lain yang ditanyakan pada aku :
- Pasal family, adik-beradik.
- Keaktifan dalam koko. Jawatan, aktiviti yang kita join or yang kita anjurkan, sukan etc. Rasanya korg cerita je semua jawatan yang korg pegang tak kisahlah kecik mana pun sebab at least better kan daripada ahli biasa?
- Kriteria yang ada dalam diri untuk menjadi seorang doctor.
- Ada jugak tanya macam "What would you be in the next 20 years?" Cakaplah pasal pape, career ke.
- Aku diminta baca philosophy CUCMS and explain apa yang aku faham.
One more thing, janganlah sebut "I think, I can ....". Sebabnya akan dipersoalkan think tu. So kena cakap "I can ..."
Anddd, janganlah sentuh pasal isu sensitif ye. Aku in both interviews aku mention. So macam
inappropriate la. Mungkin dorg bagi respon okay je tapi rasanya tak patut mention pun sebab tetap tak sesuai.
Also, prepare a question(s) that you want to ask them.
Macam-macam lagi soalan and mostly pasal diri sendiri. Totally different dengan interview JPA dulu yang memang tanya pasal knowledge kita dalam medical field ni.
Jangan jadi macam aku dulu, memang tak prepare pasal bidang tu, sibuk fikir pasal soalan 1 Malaysia bagai.
Interviewer (seorang doctor) tanya pasal cabang-cabang yang aku tahu.
Aku jawab "gynaecology", then ditanya lagi "so, what do you know about gynaecology?". Aku jawab "I don't know, I just know the term". WHATTT??!! Gila kot.(interviewer sorang lagi geleng kepala dah, yang doctor cool je)
Lepas tu mula la perdebatan. Lupakan. Kisah lama.
Tu time dah taktau nak jadi apa, ikut je cita-cita kanak-kanak. Sekarang sepatutnya mestilah dah tau and determine dengan apa yang kita nak.
Thanks for reading.



die xde2 i think ehh,,,okay2...I can Bite U...Coz am amazingly awesomely hungry..hakhak!